Nama Malaysia terus gemilang menerusi kecemerlangan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo, dalam Grand Prix (GP) Andalusia semalam.

Pelumba dari Perancis itu terus mempamerkan tunggangan hebat di sebalik tekanan tinggi selepas memenangi perlumbaan pertama , GP Sepanyol, di venue sama, Litar Jerez, dua minggu lalu.

Dia turut merakam sejarah sebagai pelumba kedua paling muda yang muncul juara secara berturut-turut biarpun diselubungi perasaan gementar untuk mengulangi kejayaan sulungnya sebelum ini.

Tetapi sebaik melintasi garisan penamat selepas bermula di petak pertama, atlet berumur 21 tahun itu tidak lagi dibebani harapan untuk menjulang nama pasukannya.

Dengan kejayaan itu, Quartararo meraih 50 mata maksimum dan secara tidak langsung turut melonjakkan jurang pasukan SRT di kedudukan teratas.

Bagaimanapun, kejayaannya itu masih dibayangi kesuraman rakan sepasukan, Franco Morbidelli, yang gagal menamatkan perlumbaan.

Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali, bagaimanapun tetap puas dengan kejayaan pelumbanya.

"Fabio lebih bersedia berbanding pelumba-pelumba lain daripada segi kecergasan.

"Dalam cuaca yang amat panas semalam, dia dapat menyesuaikan dirinya lebih baik daripada pelumba-pelumba lain," katanya.

There was too much drama and action to talk about at the #AndaluciaGP so we better just show you instead! ? Round 2 for the #MotoGP class really was a race like no other! ?

Posted by MotoGP on Monday, July 27, 2020


Razlan menganggap kejayaan itu tidak mustahil untuk diulangi di Litar Masaryk, Republik Czech, minggu depan jika cuaca memijak kepada mereka.

"Ada peluang tapi bergantung kepada cuaca pada hari berkenaan.

"Tahun lalu keputusan kami di sana tidak begitu bagus sebab hujan.

"Ia litar yang mampu memberi sedikit kelebihan kepada Yamaha, jadi kami dan Fabio akan buat yang terbaik di samping cuba raih hatrik di sana."