MotoGP: Kesilapan ragut kemenangan Martin 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Ogos 2020 5757
MotoGP: Kesilapan ragut kemenangan Martin 
Juara peringkat kelima Moto2, Jorge Martin, harus menyalahkan diri sendiri akibat terlalu ghairah memimpin sepanjang 25 pusingan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria, sebentar tadi. 

Martin dihukum atas kesilapannya terkeluar dari trek di selekoh kelapan pusingan terakhir, sekali gus merentap kemenangannya untuk terpaksa berpuas hati di tempat kedua di Litar Red Bull Ring.

 

Relive the last lap drama and controversy that concluded with Marco Bezzecchi winning the race 👀 #Moto2 | #AustrianGP 🏁🎥

Posted by MotoGP on Sunday, August 23, 2020


Sebaliknya, pelumba Sky Racing Team VR46,  Marco Bezzechi, yang ketinggalan 0.060 saat pula diangkat sebagai pemenang buat julung kalinya. 

Pelumba Onexox TKKR SAG Team, Remy Gardner, pula di tangga ketiga sementara rakan sepasukan yang juga pelumba negara, Kasma Daniel, menduduki di tangga ke-21.


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen