Pelumba Aprilia, Andrea Iannone, akan terlepas sesi ujian MotoGP di Sepang hujung minggu ini gara-gara kes dopingnya yang masih belum berpenghujung.

Pelumba itu digantung sementara pada Disember lalu selepas sampel air kencingnya, yang diambil dalam GP Malaysia tahun lalu, mengandungi bahan terlarang.

Jaguh Itali itu memohon ujian sampel B tetapi keputusan ujian itu tidak berbeza dengan yang sebelumnya.

Iannone membawa kesnya ke Mahkamah Tatatertib Antarabangsa semalam dan akan kekal digantung sehingga panel yang terdiri daripada tiga hakim itu mengeluarkan keputusan.

Sesi ujian pramusim di Sepang akan bermula Jumaat hingga Ahad ini.


Editor: Muzaffar Musa