MotoGP: Hafizh Syahrin sertai pasukan Belanda 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 November 2020 7884
 MotoGP: Hafizh Syahrin sertai pasukan Belanda 
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, sah akan terus bersaing dalam kancah MotoGP apabila bakal mewakili pasukan yang berpangkalan di Belanda, NTS RW Racing GP, musim depan. 

Dengan pengumuman itu, pelumba berumur 26 tahun dari Ampang tersebut akan bergandingan dengan seorang pelumba muda Belgium, Barry Baltus. 

Menurut pengurus NTS RW Racing GP, Jarno Janssen, yakin dengan kemampuan Pescao selain percaya mampu bersama-sama mengharumkan lagi nama pasukan itu. 

“Kami bangga dan gembira dapat menandatangani Hafizh. Dia bukan hanya seorang pelumba yang berpengalaman dan berkebolehan malah individu yang sangat baik.

“Kami akan semakin mantap dan lebih baik dari minggu ke minggu tetapi kami masih perlu membangunkan jentera terbaik.

“Dengan maklum balas daripada pelumba seperti Hafizh, ia amat penting untuk proses membangunkan jentera yang lebih baik," katanya.

Hafizh Syahrin berpeluang menguji jentera pasukan barunya dalam sesi ujian tertutup di Jerez, Sepanyol, pada 26 dan 27 November depan. 


 

Syukur.. Alhamdulillah NTS RW Racing GP 2021. This is for Malaysia, family and fans 55. #Bismillahfirst #teamHS #HS55 #RezekiDariAllah #NTS #elpescaoisback

Posted by Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao on Sunday, November 8, 2020


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen