Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, tidak melihat kemalangan ngeri yang menimpanya mampu meragut impiannya untuk kembali beraksi malah dia mengakui mahu membakar litar seawal yang mungkin.



Kemalangan ngeri di GP Austria minggu lalu masih lagi menghantui peminat seluruh negara bahkan di seluruh dunia. Malah ada yang membuat andaian, tiada pelumba yang mampu berekasi secepat mungkin, impak daripada kemalangan seperti itu.

Namun hanya empat hari selepas tragedi di Austria, Hafizh mengakui dia sudah tidak sabar untuk kembali beraksi dan ia bergantung kepada hasil ujian perubatan.

"Saya akan menjalani ujian perubatan. Ujian pertama bagi menentukan sama ada saya dapat beraksi ataupun tidak. Bagaimanapun, saya tetapkan berjuang untuk kembali beraksi secepat mungkin," kata Hafizh.