Lewis Hamilton menerusi dominasi Grand Prix Britain di sebalik mengharungi masalah tayar pada pusingan terakhir sebelum meraih kemenangan yang penuh dramatik.

Hamilton cemerlang hampir keseluruhan perlumbaan, memenangi perlumbaan buat kali keenam dalam tujuh tahun di Silverstone.

Dia bagaimanapun hampir terlepas kemenangan ketujuh dalam kariernya di litar itu selepas tayar jenteranya pancit, ketika dia melewati kemenangan ketiga berturut-turut bagi musim 2020.

Pelumba tuan rumah itu kelihatan terpaksa menamatkan perlumbaana dengan tiga biji tayar, dengan Max Verstappen mengatasi Valteri Bottas di tempat kedua ketika perlumbaan berbaki dua pusingan.



Kemenangan menakjubkan buat Hamilton membenarkan dia mendahului rakan sepasukan Mercedes, Bottas kepada 30 mata dalam kedudukan keseluruhan, dengan pelumba kelahiran Finland itu menamatkan saingan dengan tangan kosong.