Hafizh Syahrin capai kata sepakat bersama pasukan baru 

Oleh Shaiful Shamsudin 29 Oktober 2020 4919
Hafizh Syahrin capai kata sepakat bersama pasukan baru 
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah, memuktamadkan perjanjian bersama pasukan baru yang bakal diumumkan kelak. 

Pengesahkan itu disuarakan oleh pengurusnya, Razmin Masli, sekali gusnya mengesahkan penunggang Aspar Team tersebut akan kekal dalam kancah Moto2 musim depan. 

"Perbincangan untuk musim 2021 sudah selesai dan Hafizh Syahrin akan kekal dalam Kejohanan Moto2. 

"Pasukan 2021 ini akan berpangkalan di Eropah. 

"Insya-Allah Pengumuman akan dibuat sedikit masa lagi.

"Saya yakin dengan ini Hafizh Syahrin akan lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dalam tiga lagi baki pusingan musim ini," katanya. 


 

Salam Maulidur Rasul to all muslims around the world. May the blessings of our beloved prophet always be with you....

Posted by Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 pescao on Thursday, October 29, 2020
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen