Alex Rins merangkul kemenangan dalam Grand Prix (GP) British yang mendebarkan selepas mengatasi Marc Marquez sementara Andrea Dovizioso dan Fabio Quartararo terlibat dengan kemalangan dalam pusingan pertama di Silverstone, sebentar tadi.

Marquez kelihatan hampir menghalang Rins daripada mengungguli perlumbaan berkenaan buat kali pertama sejak 2014 sebelum kedudukan itu dirampas rakan senegaranya itu dalam satu perlumbaan dramatik.

Penunggang Suzuki Ecstar itu memintas Marquez di selekoh terakhir untuk mengatasi pendahulu gelaran pelumba itu dengan jurang 0.013 saat untuk meraih kemenangan kedua musim ini.

Marquez, yang bergelut dengan tayarnya, sebelum ini turut disekat Dovizioso dalam perlumbaan terakhir di Austria melalui satu tunggangan yang menakjubkan.

Rins pula memberi saingan sengit kepada wakil Repsol Honda tersebut sepanjang perlumbaan sebelum meraih ganjaran yang cukup bermakna itu dengan satu gerakan akhir bagi melakar satu kemenangan manis.

Maverick Vinales mengiringi mereka untuk meraih tempat ketiga di depan rakan sepasukan, Valentino Rossi, yang bermula di tempat kedua.

Marquez meningkatkan peluangnya dalam pemburuan gelaran penunggang dengan perbezaan 78 mata sambil Dovizioso terpaksa dibawa ke hospital selepas mengalami hentakan kuat ketika bertembung dengan Quartararo pada awal perlumbaan.

Jentera Ducati milik Dovizioso terbakar, yang menaruh harapan untuk melakar dua kemenangan berturut-turut, sementara Quartararo yang kelihatan terkejut terbabas ke kawasan batu kerikil.

Keputusan:

1. Alex Rins (Suzuki Ecstar)
2. Marc Marquez (Repsol Honda) +0.013 saat
3. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) +.0.620s
4. Valentino Rossi (Monster Energy Yamaha) +11.439s
5. Franco Morbidelli (Petronas Yamaha) +13.109s
6. Cal Crutchlow (LCR Honda Castrol) +19.169s
7. Danilo Petrucci (Ducati) +19.682s
8. Jack Miller (Pramac Racing) +20.318s
9. Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing) +21.079s
10. Andrea Iannone (Aprilia) +25.144s