F1: Vettel terpantas latihan bebas kedua di Hungary

Oleh Muzaffar Musa 18 Julai 2020 80
F1: Vettel terpantas latihan bebas kedua di Hungary
Sebastian Vettel muncul pemandu terpantas dalam keadaan litar basah latihan bebas kedua Grand Prix Hungary selepas Lewis Hamilton meletakkan penanda aras dalam sesi sebelah pagi.

Ferrari berdepan igauan ngeri dalam GP Styrian hujung minggu lalu selepas dua pemandu mereka, Vettel dan Charles Leclerc, tidak dapat menamatkan perlumbaan berikutan perlanggaran dalam pusingan pertama di Red Bull Ring.

Vettel akan meninggalkan pasukan Scederia itu pada penghujung musim ini dan dia mengesahkan dengan berkata kepada Racing Point bahawa dia akan menyertai satu pasukan yang dijenamakan semula sebagai Aston Martin pada 2021.

Juara dunia empat kali Formula 1 itu tidak terkesan dengan perkara berkenaan apabila mencatatkan masa terpantas 40.464 saat dalam FP2 malam tadi.

Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas, muncul kedua terpantas dengan dibezakan 0.272 saat di belakang pelumba Jerman itu manakala Carlos Sainz (McLaren) ketiga.

Dua pemandu Racing Point, Lance Stroll dan Sergio Perez, masing-masing di tempat keempat dan kelima, manakala Hamilton dan pemandu Red Bull, Alex Albon, tidak dapat mencatatkan masa kerana masalah pemilihan tayar.
 
Hamilton, yang memenangi perlumbaan kedua di Spielberg minggu lalu, terlebih dahulu mengatasi Bottas dalam FP1.

Juara bertahan itu mencatatkan masa terpantas 1 minit 16.003 saat dengan Bottas pula dibezakan dengan 0.086 saat di belakang.

Hamilton akan menyamai rekod pelumba legenda, Michael Schumacher, sebagai pemandu yang menjuarai lapan perlumbaan di litar sama jika mengungguli saingan di Budapest itu esok.

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen