EWC: Hafizh Syahrin belum rasa puas

Oleh Staff Writer 13 Disember 2019 745
EWC: Hafizh Syahrin belum rasa puas
Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah, tidak mengambil mudah Kejohanan Dunia Endurance (EWC) walaupun pasukannya, Yamaha Sepang Racing, mengungguli perlumbaan kelayakan semalam.

Dalam peringkat kelayakan, skuad Yamaha yang membariskan pelumba, Franco Morbidelli, Hafizh Syahrin dan Michael Van Der Mark, mengungguli saingan dengan masa pusingan terbaik, 2 minit 4.527 saat.

Namun, Hafizh Syahrin tidak menafikan perlumbaan EWC mempunyai saingan yang mencabar di mana sesiapa saja boleh menaiki podium walaupun akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok.

"Untuk perlumbaan esok, kami tidak berpeluang memanaskan badan untuk menyemak dan perlu fokus 100 peratus kepada jentera bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Saya dan seluruh pasukan sudah bekerja keras dan diharapkan mampu mencapai kejayaan," katanya.

Dalam masa sama, pelumba berusia 25 tahun itu juga sedang beraksi dalam Kejohanan Piala Touring Car Dunia (WTCR) bersama-sama Mitchell Cheah dan Douglas Khoo bagi pasukan Hyundai.

"Saya tidak pernah menggunakan kereta ini. Dalam ujian sebelum ini, ia hanya diuji Isnin lalu. Saya puas dengan diri sendiri apabila dapat mencapai tahap yang membanggakan. Cuma, ketika kelayakan tadi, ada sesuatu yang mengganggu fokus kerana saya tidak dapat lakukan seperti pelumba lain."

Sebelum ini, dia pernah beraksi dalam perlumbaan Endurance Sepang 1,000 kilometer bersama Alister Yoong dan Bradley Anthony sebagai aksi pemanas badan untuk WTCR.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen