Menjelang saingan Cub Prix yang bakal bermula bulan ini, pasukan Yuzy Honda Racing terpaksa mengundur diri daripada kategori CP125 setelah mengalami potongan bajet daripada pihak penaja.

Ini bermakna Yuzy akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada kategori perdana, CP150, yang menyaksikan mereka menamatkan saingan di tangga kedua musim lalu.

Prinsipal pasukan, Shahrol Yuzy, menjelaskan terdapat beberapa pelumbanya sudah pun mula dirisik pasukan lain.

Bagaimanapun Azroy Hakeem Annuar masih kekal bersama pasukannya.

Senarai penuh pelumba hanya akan diumumkan ketika majlis pelancaran rasmi pasukan yang akan berlangsung Jumaat ini.

"Pandemik Covid-19 memberikan impak kepada kami hingga terpaksa mengundur diri daripada saingan kategori CP125 ekoran pengurangan bajet daripada pihak penaja," kata Shahrol.