Covid-19: Ricciardo jangka huru-hara selepas F1 kembali

Oleh Muzaffar Musa 10 Mei 2020 98
Covid-19: Ricciardo jangka huru-hara selepas F1 kembali
Peminat Formula 1 boleh menjangkakan sesuatu yang huru-hara apabila pemandu akhirnya kembali ke litar, kata Daniel Ricciardo.

Bintang Renault itu menjangkakan beberapa drama akan berlaku dalam musim 2020, yang dirancang untuk bermula di Austria pada Julai depan.

Dengan pandemik koronavirus mengganggu kelangsungan sukan di seluruh dunia, Ricciardo membayangkan sesuatu yang huru-hara apabila mereka kembali berlumba.

"(Ia akan menjadi) sesuatu yang huru-hara, harap-harap dalam bentuk yang terkawal," kata pemandu Australia itu kepada BBC Radio 5 Live.

"Saya tidak merujuknya kepada kereta yang banyak tetapi ia akan menjadi amat berkarat, kombinasi emosi, keterujaan dan keinginan.

"Semua orang pasti sudah bersedia untuk melakukannya.

"Anda akan dapat lihat seseorang yang beraksi baik dengan tahap adrenalin seperti itu dan orang lain yang mungkin tidak.

"Anda akan dapat lihat pintasan yang lebar dan ada yang akan tersalah jangkaan.

"Anda akan dapat melihat semua seperti itu, saya pasti," katanya.

 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen