Covid-19: Hasrat penasihat Red Bull adakan 'kem Korona' dibantah

Oleh Shaiful Shamsudin 31 Mac 2020 144
Covid-19: Hasrat penasihat Red Bull adakan 'kem Korona' dibantah
Pemandu Red Bull sengaja didedahkan kepada wabak koronavirus baru (Covid-19) di bawah rancangan pelik oleh penasihat pasukan, Helmut Marko.

Dengan musim Formula Satu (F1) ditunda akibat pandemik itu merebak dengan pantas di seluruh dunia, Marko berminat untuk mewujudkan 'kem korona' dan ia dilabelkan sebagai "masa yang sesuai untuk dijangkiti".

Penasihat berumur 76 tahun itu sempat memberi cadangan kontroversi berkenaan sebelum ia ditolak oleh pengurusan pasukan dalam satu temu bual dengan stesen televisyen Austria ORF.

"Kami mempunyai empat pemandu F1 (Max Verstappen, Alex Albon, Pierre Gasly, Daniil Kvyat) dan lapan atau 10 pemandu muda," katanya.

"Ideanya adalah untuk menganjurkan kem di mana kami dapat menggunakan kesempatan yang agak lama ini untuk memantapkan aspek mental dan fizikal. 

"Dan itu akan menjadi masa yang sesuai untuk dijangkiti. 

"Mereka semua merupakan lelaki muda yang mempunyai kesihatan yang sangat baik.

"Dengan cara itu mereka sudah bersedia sebaik perlumbaan diadakan kelak selain akan menghadapi saingan yang mungkin paling sukar."

Lapan perlumbaan pembukaan kempen 2020 telah dibatalkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi F1, Chase Carey, berhasrat untuk merombak jadual kejohanan yang mungkin akan melibatkan antara 15 hingga 18 perlumbaan. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen