Terjun, berbasikal trek akan kurangkan tekanan skuad badminton

Oleh Staff Writer 16 Januari 2020 90
Terjun, berbasikal trek akan kurangkan tekanan skuad badminton
Bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar, menyifatkan peningkatan prestasi atlet sukan terjun dan berbasikal trek membuktikan badminton bukan lagi taruhan tunggal bagi memburu pingat dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai depan.

Ketika ini, lebih ramai atlet daripada sukan terjun dan berbasikal trek mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

Kemampuan atlet daripada dua sukan itu untuk mencabar pingat secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan buat skuad badminton negara dalam temasya sukan terbesar itu.

"Sewaktu di London, siapa sangka Pandelela (Rinong) akan memenangi pingat?" katanya dalam sidang media di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara hari ini.

"Ramai yang meninggalkan venue kerana dia ketinggalan agak jauh tetapi dia melakukan terjunan terakhir yang hebat dan memenangi gangsa," katanya.



Editor: Muzaffar Musa

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen