Malaysia dijangka hantar kontinjen lebih kecil ke Tokyo

Oleh Staff Writer 18 Februari 2020 449
Malaysia dijangka hantar kontinjen lebih kecil ke Tokyo
Malaysia bakal menghantar kontinjen lebih kecil ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 berbanding empat tahun lalu dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohd Norza Zakaria, enggan misi pingat emas sulung membebankan atlet negara.

Malaysia dijangka menghantar antara 23 hingga 36 atlet ke Sukan Olimpik Tokyo.

Beberapa atlet seperti badang negara, Aznil Bidin dan ekuin negara, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil berdepan cabaran sukar untuk layak sementara sebahagian lagi belum melalui kempen kelayakan.

Situasi itu bakal memberikan kesan terhadap jumlah atlet kontinjen negara.

"Kualiti juga turut penting berbanding kuantiti. Kami akan berusaha untuk membantu atlet yang memiliki prospek untuk layak ke Sukan Olimpik," kata Norza. 

Setakat ini, 10 atlet sudah layak ke Sukan Olimpik dengan mesyuarat Road to Tokyo akan diadakan, Khamis ini untuk menentukan prospek emas sulung negara.

Sementara itu, Norza selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), gembira dengan prestasi skuad lelaki muncul naib juara Kejohanan Berpasukan Asia di Filipina, Ahad lalu dengan menyifatkan pelaburan sejak dua tahun lalu mula membuahkan hasil.

"Tiada apa yang mustahil dan saya mahu menerapkan kepada barisan pemain muda negara bahawa mereka mampu mengembalikan zaman kegemilangan badminton negara."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen