Itu permintaan Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib, kepada atlet elit yang akan memulakan latihan bermula 1 Jun ini setelah wujud kebimbangan temasya Olimpik Tokyo 2021 mungkin dibatalkan.

Ia susulan kenyataan dibuat Presiden Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach, dalam satu wawancara mengenai perubahan jadual Sukan Olimpik Tokyo.

Bagi Bach, ia satu perkara mustahil untuk menundanya sekali lagi kerana banyak faktor terlibat seperti kos perbelanjaan dan tahap penularan wabak Covid-19, dengan jalan terbaik adalah kemungkinan terpaksa membatalkannya

Nazifuddin mengakui itulah realiti yang perlu dihadapi namun dalam masa sama meminta barisan atlet negara di bawah Program Road to Tokyo (RTT) fokus kepada latihan.

Tambah Naziffudin, kenyataan dibuat Bach bukanlah kenyataan rasmi dari badan induk dunia itu.

"Kami semua mahu Sukan Olimpik 2021 diteruskan dan mahu memastikan atlet beraksi dalam temasya tersebut," katanya.

"Jadi, setiap atlet perlu kekal memberikan tumpuan dalam membuat persiapan bagi bersaing di Tokyo tahun hadapan."

Atlet elit negara bakal memulakan latihan 1 Jun ini di bawah tiga kluster berbeza membabitkan Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara dan Jeti Kuah, Pulau Langkawi.

"Jika wabak ini menjadi lebih berbahaya, ia adalah keutamaan untuk tidak meneruskan saingan ini. Langkah yang sewajarnya harus diambil bagi membendung penularan wabak tersebut."