UFC 249: Khabib beri sokongan buat Ferguson selepas ditewaskan Gaethje

Oleh Muzaffar Musa 11 Mei 2020 6079
UFC 249: Khabib beri sokongan buat Ferguson selepas ditewaskan Gaethje
Khabib Nurmagomedov menyampaikan kata-kata semangat buat seteru lamanya, Tony Ferguson, yang tewas kepada Justun Gaethje dalam pertarungan UFC 249 semalam.

Gaethje secara ganas menewaskan Ferguson dalam pusingan terakhir untuk menjadi juara sementara kategori lightweight di Jacksonville, Florida.

Ferguson pada awalnya akan berdepan Khabib di  Brooklyn pada 18 April lalu tetapi larangan penerbangan disebabkan pandemik Covid-19 telah menghalang bintang Russia itu untuk bertarung di Amerika Syarikat.

Kini, giliran Gaethje mencongak perhitungan untuk berdepan juara dengan rekod tanpa kalah, Khabib.

Ferguson menuduh Khabib penakut kerana berpaling daripada berlawan dengannya sebelum wakil Amerika Syarikat itu ditewaskan di tanah airnya sendiri tetapi jaguh Russia berkenaan tidak berminat untuk menabur garam di luka Ferguson.

Dia menciap: "Apa sahaja yang berlaku pada waktu lepas, berbanggalah Tony. Saya harap segala-galanya baik buat anda dan keluarga anda.

"Apabila anak anda membesar, dia akan berbangga dengan anda. @TonyFergusonXT."
 
Ferguson juga menggunakan media sosial untuk mengucapkan tahniah kepada Gaethje.

"Menang atau kalah, sentiasalah menjadi juara. Ia hanya bukan malam saya.

"Tahniah @Justin_Gaethje ia perlawanan yang hebat," ciapnya.
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen