TSC cemerlang dalam penampilan pertama Jelajah Malaysia

Oleh Penulis Jemputan 8 Oktober 2017 208
TSC cemerlang dalam penampilan pertama Jelajah Malaysia
Team Sapura Cycling (TSC) memerlukan tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi untuk menyamai reputasi Terengganu Cycling Team (TSG) sebagai kelab gergasi negara.

Ia petanda positif kerana TSC memiliki pendaki berkaliber, sekali gus mencerahkan peluang wakil negara menguasai perlumbaan bertaraf tinggi.

Penampilan sulung pasukan itu dalam Jelajah Malaysia cukup berjaya selepas mereka muncul juara jersi polka dot raja bukit menerusi Wilma Jahir Perez Munoz sementara Muhammad Zawawi Azman meraih jersi merah pelumba terbaik Malaysia.

Lebih menarik, TSC menjadi pasukan terbaik kejohanan edisi ke-53 itu dengan mengatasi pasukan lebih senior seperti 7Eleven Roadbike Filipina, CCN Cycling dan TSG.

"Banyak pendedahan dalam perlumbaan di Eropah, jadi apabila datang ke Asia mereka lebih tenang. Jadi, banyak keputusan yang baik dapat kami lakukan," kata Zawawi.

"Setiap pelumba adalah penting. Mereka bekerja sebagai satu pasukan, ada yang membantu pelumba lain dan ada yang melakar kemenangan. Setiap masa adalah berbeza," kata jurulatih TSC, Sergi Escobar.

Bagi perebutan jersi kuning juara keseluruhan, pasukan negara perlu memiliki pelumba domestik atau pendaki bertaraf lebih tinggi untuk mengulangi kejayaan Loh Sea Keong pada 2013.

Brendon Davids hanya berusia 24 tahun tetapi muncul juara keseluruhan dalam penampilan sulung Jelajah Malaysia 2017.


Sapura Cycling Team

Peringkat 2 : Zawawi Azman - Pelumba Terbaik Malaysia
Peringkat 3 : Zawawi Azman - Pelumba Terbaik Malaysia
Peringkat 4 : Wilmar Perez Munoz - Juara Keseluruhan, Zawawi Azman - Pelumba Terbaik negara
Peringkat 5 : Wilmar Perez Munoz - Jersi polka-dot (Raja Bukit), Zawawi Azman - Pelumba Terbaik negara

Terengganu Cycling Team 

Peringkat 1 : Amirull Fakharuddin Mazuki - Juara keseluruhan
Peringkat 2 : Adiq Husainie Othman - Juara keseluruhan, Amirull Fakharuddin Mazuki - Jersi Hijau (Raja Pecut)
Peringkat 3 : Amirull Fakharuddin Mazuki - Jersi Hijau (Raja Pecut)
Peringkat 4 : Amirull Fakharuddin Mazuki - Jersi Hijau (Raja Pecut)
Peringkat 5 : Harrif Salleh - Juara keseluruhan, Amirull Fakharuddin Mazuki - Jersi Hijau (Raja Pecut)

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen