Saingan Tour de Selangor 2017 semakin sengit apabila pelumba PDRM, Mohd Elmi Jumari, mengulangi prestasi cemerlangnya tempoh hari dengan memenangi peringkat keempat dari Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu, sebentar tadi.

Peringkat keempat Tour de Selangor itu menawarkan laluan paling pendek dengan jarak 84km dari Dataran Shah Alam ke Kuala Kubu Bharu.

Tiga zon pecutan ditawarkan, iaitu di Kota Damansara, Selayang dan Empangan Batu sementara dua zon pendakian iaitu di Batang Kali dan Ulu Yam.

Zon pecutan pertama dan kedua menyaksikan pelumba Vietnam, Quang Van Cuong, berjaya mengunggulinya.

Menuju garisan penamat di Kuala Kubu Bharu, Elmi berjaya melakukan pecutan untuk dinobatkan juara peringkat keempat itu dengan catatan 2 jam 4 minit 5 saat.

Tempat kedua milik pelumba TSG, Zamri Salleh, dan ketiga, pelumba pasukan Kelantan, Saufi Mat Senan.