Tiga atlet jalani sesi pendengaran kes doping

Oleh Penulis Jemputan 28 November 2018 130
Tiga atlet jalani sesi pendengaran kes doping
Tiga atlet angkat berat menjalani sesi pendengaran hari ini bagi mengenal pasti punca sebenar mereka terbabit dalam skandal doping Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018.

Siasatan lanjut akan dilakukan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berdasarkan keterangan ketiga-tiga atlet terbabit.

PABM, sebelum ini menerima laporan daripada Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) yang memaklumkan tentang penggunaan bahan terlarang di kalangan tiga atlet tersebut.

Bahan yang terbabit adalah methylhexanamine yang dikenal pasti sebagai bahan terlarang yang membantu merangsang peningkatan prestasi.

"Kami mendengar keterangan daripada ketiga-tiga atlet yang didapati positif doping itu, hari ini.

"Mereka merupakan pemenang pingat dalam Sukma Perak 2018.

"Berdasarkan keterangan itu, kami akan mengenal pasti punca sebenar masalah tersebut," kata Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PABM, Gerald Rentap Jabu. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen