Dominic Thiem melangkah ke separuh akhir Terbuka AS buat pertama kali selepas mengatasi Alex de Minaur straight set di Flushing Meadows.

Tewas di peringkat suku akhir di New York pada 2018, Thiem yang juga pilihan kedua mempamerkan kualiti ketika menang 6-1, 6-2, 6-4 ke atas wakil Australia itu awal pagi tadi.

Thiem -– naib juara Terbuka Australia 2020 -– hanya perlu satu lagi kemenangan untuk merekodkan final yang kedua tahun ini dan bakal berdepan finali Terbuka AS 2019, Daniil Medvedev dalam separuh akhir.

Pemain ranking paling tinggi yang masih lagi bersaing dalam grand slam berikutan Novak Djokovic tersingkir sementara Rafael Nadal dan Roger Federer kekal di Eropah -- Thiem mempamerkan permainan yang penuh bertenaga.

Memaksa De Minaur berlari di seluruh gelanggang, Thiem mempamerkan deretan pukulan demi pukulan yang berkualiti untuk merakamkan kemenangan straight set.