Kejohanan Golf Terbuka AS 2020 akan dipertandingkan tanpa penonton ekoran pandemik koronavirus.

Persatuan Golf Amerika Syarikat (USGA) mengumumkan langkah tersebut semalam, dengan musim Jelajah PGA yang bermula bulan lalu.

AS telah menyaksikan lebih daripada 4.5 juga kes yang disahkan positif Covid-19, dengan angka kematian melebihi 153,000.

"Berikutan perancangan serta konsultasi dengan pegawai kesihatan negara, kami mengambil keputusan untuk menganjurkan Terbuka AS tanpa kehadiran penonton," kata Ketua eksekutif USGA, Mike Davis.
"Kami akan merindui semangat dan keterujaan dengan kehadiran penonton dengan apa yang mereka mampu hadirkan dalam setiap kejuaraan.

"Kami tidak sabar untuk menerima kehadiran mereka kembali pada masa akan datang."

Terbuka AS bakal dianjurkan di Kelab Golf Winged Foot di New York bermula 17 September.