Sukma 2020: Kategori angkat berat ditambah

Oleh Nafis Abdullah 22 Februari 2020 92
Sukma 2020: Kategori angkat berat ditambah
Kem angkat berat menerima khabar gembira menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Johor, Julai depan apabila jumlah kategori ditambah kepada 14 berbanding hanya lapan sekali gus disambut baik komuniti sukan itu.

Saingan angkat berat dalam Sukma Johor bakal mengikut jumlah kategori Sukan olimpik.

Sebanyak tujuh kategori lelaki dan wanita akan dipertandingkan selepas jawatankuasa tertinggi Sukma mempertimbangkan permohonan 13 ahli gabungan Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sekali gus memberikan perkhabaran gembira buat komuniti sukan itu.

"Mungkin persaingan antara negeri menjadi lebih rancak dan menemui pelapis yang bagus," kata atlet negara, Erry Hidayat.
 
"Sekarang kami kekurangan atlet pelapis, jadi apabila kategori bertambah, akan lebih ramai ditemui," tambah penolong jurulatih negara, Shahrizan Ruslan.

"Kami boleh cari lebih ramai atlet baru melalui cara ini kerana sebelum ini, cuma ada beberapa kategori. Ia terhad. Ini adalah perkara baik untuk menonjolkan bakat," ujar seorang lagi atlet kebangsaan, Marceeta Marlyne Marcus.

Dalam Sukma Perak dua tahun lalu menyaksikan dominasi Wilayah Persekutuan selepas membawa pulang sembilan pingat emas.


 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen