Sukan SEA Vietnam: MOM sukar penuhi permohonan 

Oleh Shaiful Shamsudin 20 Julai 2020 60
Sukan SEA Vietnam: MOM sukar penuhi permohonan 
Meskipun masih ada sukan yang boleh diselamatkan daripada 36 sukan yang dicadangkan tuan rumah Sukan SEA 2021, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Norza Zakaria, tidak mahu atlet dan persatuan meletakkan harapan tinggi.

Perkara itu disuarakannya kepada wartawan Nadi Arena, Haliza Hamzah, menjelang mesyuarat pertama penganjuran Sukan SEA secara maya, esok dan lusa. 

Tuan rumah, Vietnam, mempertimbangkan menggugurkan beberapa jenis sukan dalam temasya dwi-tahunan itu tetapi perlu mendapat permohonan sekurang-kurangnya dari empat negara.

Justeru, Norza menyeru atlet dan persatuan sukan agar tidak terlalu berharap tatkala keutamaan akan diberikan kepada sukan yang mampu menyumbang pingat buat negara selain memahami keadaan penganjur. 

"Paling penting, mereka menulis surat kepada MOM terlebih dahulu. 

"Yang kedua, memberikan alasan yang kukuh terutama melibatkan 11 negara-negara ASEAN yang lain untuk menganjurkan sukan itu. 

"Kami harus meletakkan keutamaan kepada sukan yang mampu memberikan pingat emas kepada negara.

"Kali ini, bukan semua permohonan dapat dipenuhi apatah lagi kita menganjurkannya (temasya Kuala Lumpur 2017), keutamaan tuan rumah ialah daripada segi kos dan venue acara-acara terbabit," katanya. 

Buat masa ini, MOM menerima sembilan rayuan daripada persatuan sukan di bawah naungan badan induk itu.
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen