Atlet para negara bakal diuji keberkesanan prestasi mereka menjelang Terbuka Perak, bulan depan.

Jadual latihan yang berubah 360 darjah memaksa barisan kejurulatihan kontinjen para negara mengambil tindakan drastik sempena Sukan Para ASEAN Filipina, Mac depan yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Ketika ini mereka diarahkan bercuti selama seminggu sebelum kembali memulakan latihan seperti biasa bagi menghadapi saingan yang sudah dijadualkan.

"Kebimbangan mesti wujud dalam diri jurulatih sebab kami telah melakukan persiapan.

"Jadi berdasarkan pengalaman, saya memberikan mereka cuti dan saya harap selepas kembali melaporkan diri, mereka akan berikan usaha 95 peratus," kata ketua jurulatih olahraga para negara, R. Jeganathan, di trek Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Hampir keseluruhan atlet para negara akan diuji menjelang Terbuka Perak sebelum menghadapi temasya dwitahunan di Filipina itu.

"Mereka diberi rehat dan hanya melakukan latihan ringan dan kembali berlatih seperti biasa.

"Selepas itu mereka akan terbabit dalam Terbuka Perak pada 20 Januari depan dan selepas itu, saya harap mereka tiada masalah untuk menempuhi Sukan SEA.


Editor: Shaiful Shamsudin