Sukan Olimpik Tokyo: Juara simulasi mahu tekal kombinasi panahan 

Oleh Shaiful Shamsudin 8 April 2021 58
 Sukan Olimpik Tokyo: Juara simulasi mahu tekal kombinasi panahan 
Pemanah negara, Zarif Syahir Zolkepeli, meraih tonik terbaik dalam memastikan Malaysia memiliki wakil dalam acara berpasukan Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.

Ia selepas Zharif menewaskan Khairul Anuar --yang sudah memiliki ke di Jepun -- dalam kejohanan simulasi memanah recurve yang berakhir Khamis lalu.

Zharif menewaskan Khairul Anuar dalam aksi shoot-off selepas terikat 143 mata yang menyaksikan saingan berkesudahan 6-5.

Tambahnya, kemenangan itu membantunya dalam persediaan ke saingan kelayakan Sukan Olimpik, Jun depan.

Kecemerlangan yang ditampilkan itu bagaimanapun masih belum memuaskan hatinya apabila ada beberapa perkara yang perlu ditambah baik.

 

Program Podium: Zarif sedia galas tanggungjawab besar

Posted by Astro Arena on Wednesday, November 15, 2017


Namun, kejohanan simulasi itu menjadi pelantar melakukan beberapa percubaan teknik baru yang dipelajarinya.

"Saya masih tercari-cari dengan rentak panahan.

"Ia masih belum di tahap yang ditetapkan seperti yang disarankan jurulatih. 

"Kadangkala ia menjadi dan tidak jadi itulah fokus saya ketika ini," katanya kepada wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly.

Tempat ketiga diisi oleh pemanah muda negara, Haiqal Danis Syamsul Affandi, apabila menewaskan Bryson Ting 6-4.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen