Skuad pelapis harus jadi keutamaan -- Nik Safuan

Oleh Staff Writer 24 Disember 2019 199
Skuad pelapis harus jadi keutamaan -- Nik Safuan
Gagal mencapai sasaran ketika Sukan SEA Ke-30 tidak mematahkan semangat ketua jurulatih skuad ragbi 7s wanita negara, Nik Safuan Ismade Nik Man, terhadap masa depan sukan ragbi wanita.

Sebelum ini, skuad ragbi 7s wanita disasarkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) untuk sekurang-kurangnya mara ke peringkat akhir Sukan SEA 2019.

Bagaimanapun, impian itu tidak kesampaian apabila Malaysia hanya mampu meraih pingat gangsa awal bulan lalu.

Menghampiri penghujung tahun 2019, Nik Safuan mengharapkan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memberi penekanan terhadap skuad pelapis bagi tahun 2020.

"Skuad pelapis sangat penting bagi memastikan kelangsungan pasukan negara. Menerusi program NRDP, ia adalah peluang untuk melahirkan muka-muka baru untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan menghadapi saingan akan datang," katanya.

Dalam saingan di Manila, skuad ragbi 7s lelaki hanya mampu meraih pingat perak manakala pasukan wanita meraih gangsa.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen