Siri Terjun Dunia: Pendelela-Mun Yee raih perak

Oleh Staff Writer 29 Februari 2020 594
Siri Terjun Dunia: Pendelela-Mun Yee raih perak
Gandingan penerjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee, membukan kempen musim 2020 selaku naib juara acara 10 meter platform seirama wanita dalam Siri Terjun Dunia FINA di Montreal, Kanada hari ini.

Ketiadaan penerjun dari Asia Timur, terutama China akibat penularan virus Covid-19, membuka peluang buat kesemua peserta mempamerkan terjunan terbaik mereka.

Tumpuan utama terarah kepada persaingan di antara pasangan negara itu dengan gandingan tuan rumah, Meaghan Benfeito dan Caeli McKay.

Tiga terjunan pertama menyaksikan Pandelela-Mun Yee mendominasi tangga teratas sebelum lawan dari Kanada itu melakukan terjunan dengan darjah kesukaran 3.3 untuk memintas kedudukan.

Dalam terjunan terakhir, wakil tuan tumah itu mengekalkan terjunan konsiten untuk menamatkan saingan di kedudukan teratas dengan 313.02 mata.

Pandelela-Mun Yee pula muncul kedua terbaik dengan 297.66 mata manakala peserta dari Russia, Iuliia Timoshinina-Ekaterina Beliaeva (288.30) ketiga.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen