Anderson Silva enggan mengakhiri kariernya dalam MMA selepas tewas kepada Uriah Hall semalam, tetapi Dana White tidak mempunyai minat untuk membenarkan dia terus bertarung dalam UFC lagi.

Silva secara meluas dilihat sebagai salah seorang petinju MMA terbaik tetapi tewas buat kali ke-11 dalam saingan profesional -- dan buat kali ketiga berturut-turut -- oleh Hall.

Petinju berusia 45 tahun itu dihentikan menerusi TKO pada satu minit dan 24 saat dalam pusingan keempat perlawanan utama UFC Fight Night di Las Vegas.

Silva yang terduduk duduk ketika temu bual pasca-per;lawanan, sehubungan itu ia tidak mengagumkan Presiden UFC, White, yang menyifatkan ia sebagai satu kesilapan kerana membiarkan petinju kelahiran Brazil itu kembali ke Octagon.

"Lihat kepada Anderson. Dia sudah tidak bertenaga untuk diwawancara," kata White.

"Dia harus duduk untuk ditemu bual, dan saya melakukan kesilapan besar.

"Saya tidak sepatutnya membiarkan dia bertarung dalam perlawanan ini."