Mohd Shafiee Mukamad kembali ke pentas Sukan Sabah (SAGA) dengan penuh bergaya apabila bukan saja meraih semula pingat emas acara 110m berpagar yang dimenanginya empat tahun lalu, malah turut memperbaharui rekod kejohanan ciptaannya sendiri pada tahun berkenaan.

Atlet Kota Belud yang kini berusia 20 tahun itu mencatat masa 14.92s, sekali gus memadamkan rekod 15.21s miliknya sendiri yang dicatat di Kota Kinabalu pada 2013.

Dalam SAGA edisi ketujuh di Tawau, dua tahun lalu, Shafiee tidak menyertainya kerana mahu fokus kepada pelajarannya.

"Saya sangat gembira, ini pencapaian terbaik saya setakat ini dan pastinya SAGA terakhir buat saya ini menjadi satu kenangan manis," katanya.

Sementara itu, pelari Keningau, Muhd Safiq Azrin Zahalli, muncul pemenang pingat perak dengan catatan masa 15.23s manakala Muhammad Ridzuan Ridal dari Tenom meraih gangsa dengan masa 15.28s.

Acara 100m lari berpagar wanita pula dimenangi atlet Tawau, Halimatul Saadiah, dengan catatan masa 15.76s.

Dua pelari Ranau, Ezla Joanes dan Mazlien Marni Parais, masing-masing memenangi perak dan gangsa dengan masa 15.85s dan 16.25s.

Lain-lain keputusan:

Berbasikal
Ujian masa perseorangan wanita
Emas : Ainie Markus (Keningau)
Perak : Arni Sanuddin (Keningau)
Gangsa : Dayang Ina Shazlyana Suhaimi (Beaufort)

Ujian masa perseorangan lelaki
Emas : Lim Chun Kiat (Papar)
Perak : Bong Yong Xian (Papar)
Gangsa : Chung Shean Fah (Beaufort)

Kriterium lelaki
Emas : Bong Yong Xian (Papar)
Perak : Waldron Chee (Papar)
Gangsa : Lim Chun Kiat (Papar)

Kriterium wanita
Emas : Ady Annjilly Pelon (Kota Belud)
Perak : Juvinah Markus (Keningau)
Gangsa : Sylvearita Rene Patrick (Kota Belud)