Setelah tewas kepada Jeonju KCC Egis semalam, NS Matrix berazam untuk menebus kehampaan dan kali ini pasukan negara sekali lagi mengalami kekalahan kepada BC Partizan 84-91, sebentar tadi.

Matrix berdepan wakil Serbia, BC Partizan, dengan misi mencatat kemenangan kedua.

Semuanya berjalan lancar untuk pasukan tuan rumah dalam suku pertama apabila Matrix menguasai perlawanan dan tidak memberi ruang kepada Partizan untuk melakukan jaringan, sekali gus menamatkan saingan 26-19.

Masuk suku kedua, Partizan bangkit memberi saingan untukmerapatkan kedudukan dengan perbezaan satu mata selepas tamat separuh masa pertama (45-44).

Dalam suku ketiga, Matrix bangkit dan kembali menguasai permainan, sekali gus menyaksikan perlawanan semakin sengit di mana Joseph Avila turut memainkan peranan dengan menghasilkan sembilan rebound.

Masuk suku keempat, Matrix meneruskan dominasi di mana Kacoul Dut Jok berjaya menyumbang 31 mata untuk diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan ini.

Perlawanan berbaki empat minit ketika Matrix mendahului 10 mata, namun Partizan tidak berputus-asa dan meneruskan asakan, sekali gus kedudukan terikat 84-84, namun semangat juang ditampilkan Partizan membuahkan hasil apabila mereka memintas Matrix untuk menang 91-84.