Ketua pasukan UiTM FC, Muhd Afif Asyraf Mohd Zabawi, berasa bangga kerana setelah bersama UiTM FC sejak 2013, cita-citanya untuk membawa UiTM ke saingan Piala Malaysia akhirnya tercapai.

"Ini satu keputusan selepas beraksi dalam kancah Liga Perdana selama lima tahun.

"Tetapi, kami belum pernah dapat melayakkan diri ke Piala Malaysia," katanya.

Menurutnya lagi, pentas paling berprestij negara itu mampu melonjak mereka untuk tampil dengan prestasi lebih baik lagi.

"Ini satu peluang kepada pemain-pemain untuk membuka mata ramai pihak mengenai kemampuan mereka dalam Piala Malaysia.

"Dalam saingan Piala Malaysia nanti, kami tidak mempunyai sebarang tekanan.

"Selepas layak, kami akan cuba memberikan aksi terbaik dan nanti kita sama-sama tengoklah keputusannya.

"Yang penting, pemain-pemain akan bersungguh-sungguh dalam aksi Piala Malaysia nanti."