Piala Dunia Ragbi: Moriarty pastikan Wales ke separuh akhir

Oleh Penulis Jemputan 20 Oktober 2019 514
Piala Dunia Ragbi: Moriarty pastikan Wales ke separuh akhir
Ross Moriarty bertukar daripada dalang kepada wira apabila membantu Wales menewaskan Perancis 20-19 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi 2019, sebentar tadi.

Try Moriarty pada minit ke-74 meleburkan harapan Perancis yang terpaksa menamatkan permainan dengan 14 pemain selepas Sebastien Vahaamahina dilayangkan kad merah kerana menyiku muka pemain sayap Wales, Aaron Wainwright.

Perancis berjaya melakukan dua try dalam tempoh lapan minit pertama perlawanan dan mendahului 19-10 dalam separuh masa sementara pemain gantian, Moriarty, terpaksa direhatkan selepas 10 minit.

Tetapi tindakan Vahaamahina merupakan peluang buat Wales memiliki kelebihan seorang pemain -- sama seperti Perancis mengatasi The Red Dragons 9-8 dalam aksi separuh akhir 2011 di Eden Park.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen