Perniagaan basikal Sofian Nabil laku ketika PKP

Oleh Shaiful Shamsudin 18 Oktober 2020 244
Perniagaan basikal Sofian Nabil laku ketika PKP
Krisis COVID-19 kali ini membuka peluang kepada pelumba lebuh raya negara, Sofian Nabil Omar, untuk menjana pendapatan yang lebih baik. 

Ketika banyak pusat sukan seperti gelanggang futsal sukar untuk menampung operasi, penjualan basikal lebuh raya pula sebaliknya naik mendadak. 

Kedainya antara yang menerima tumpuan ramai selain menawarkan panduan pembelian dan pelarasan yang terbaik bagi peminat sukan itu. 

"Sampai satu tahap saya hendak buka kedai tetapi kosong, cuma tinggal siling sahaja. Seminggu saya terpaksa tunggu stok baru.

"Kalau mereka tempah basikal, mereka tetap setia walaupun terpaksa tunggu lama. Berbeza kalau dulu mereka akan batalkan tempahan. 

"Perniagaan basikal ini alhamdulillah sangat-sangat baik," katanya ketika ditemui wartawan Astro Arena, Bazly Azmi, di kedainya, Lion Bike Studio, di Seri Kembangan, Selangor. 

 

Glad To Share My Preparation Before The Race.. Thank You SportsWorld Malaysia For The Content 🌹🙏🏻 #NabillyOmar #BillyTheWheelie #PejuangDalamDiam 😉

Posted by Sofian Nabil Omar on Tuesday, September 15, 2020


Kekangan aktiviti sukan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara faktor berbasikal mula menjadi pilihan di pelbagai peringkat golongan. 

"Mungkin kerana sukan berbasikal ini ada penjarakan fizikal, sebab itu kerajaan benarkan (dalam PKP).

"Lagipun selepas ramai artis berkayuh, ia membuatkan permintaan terhadap basikal semakin tinggi."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen