Perlumbaan atas talian tarik minat atlet pelayaran negara, antarabangsa

Oleh Tengku Danish Bahri 5 Jun 2020 32
Perlumbaan atas talian tarik minat atlet pelayaran negara, antarabangsa
Lebih 125 peserta mengesahkan penyertaan dalam Terengganu eSailing League -- pertandingan sukan pelayaran menerusi atas talian -- yang dijadualkan 12 hingga 14 Jun ini.

Antaranya pelayar elit negara dalam program 'Road To Tokyo', Khairulnizam Mohd Afendy, Fauzi Kaman Shah, Umar Al-Farouk Mohd Zahawi dan Asri Azman.

Turut serta adalah pelayar negeri-negeri lain yang dalam persiapan ke Sukan Malaysia (Sukma) serta penyertaan beberapa peserta daripada negara jiran, Indonesia.

Menurut penolong pengerusi kejohanan, Abdul Rani Idris, penganjuran secara atas talian itu adalah langkah menggantikan siri perlumbaan yang dibatalkan ekoran wabak Covid-19.

Sebanyak enam kategori akan dipertandingkan iaitu terbuka, tertutup Institut Pengajian Tinggi (IPT), atas 22 tahun, 16 hingga 21 tahun, 13 hingga 15 tahun serta bawah 12 tahun.

"Objektif kami bukan sekadar satu permainan semata-mata sebaliknya menjadi simulasi membantu atlet berlatih dari segi kemahiran teknik dan menambah pengetahuan.

"Walaupun diadakan secara atas talian namun ianya mekanisma terbaik untuk mengasah 'motor skills' mereka yang terkesan sepanjang beberapa bulan ini," katanya.

Kredit foto: Persatuan Pelayaran Terengganu (TESA)

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen