Penganjuran Sukan Para ASEAN peroleh tarikh baru

Oleh Ammar Hakim 16 Mac 2020 22
Penganjuran Sukan Para ASEAN peroleh tarikh baru
Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengumumkan tarikh baru untuk Sukan Para ASEAN di Filipina akan berlangsung 3 hingga 9 Oktober ini bergantung kepada wabak Covid-19.  

Status penganjuran Sukan Para ASEAN edisi ke-10 akhirnya terjawab selepas satu sidang mesyuarat melalui panggilan video dilaksanakan bersama presiden, Micheal Barredo.

Keputusan itu dilakukan selepas mendapat kata sepakat yang membabitkan barisan presiden dan exco majlis paralimpik rantau ini dan tarikhnya jatuh 3 hingga 9 Oktober nanti. 

Ini juga bagi membantu pihak tuan rumah melakukan persediaan yang sebaiknya buat semua atlet yang terlibat.

Bagaimanapun, satu mesyuarat akan berlangsung penghujung Julai ini untuk memastikan penularan wabak covid-19 dalam keadaan terkawal sebelum tuan rumah melakukan langkah selanjutnya. 
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen