Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Wahab, dibebaskan daripada tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, sehari lebih awal berbanding tarikh asal.

Menerusi satu perbualan telefon bersama Nadi Arena, Abu Samah berkata: "Saya bersyukur kerana dibebaskan hari ini. Kalau mengikut reman, ia sepatutnya empat hari tetapi Alhamdulillah, saya dibebaskan hari ini.

"Dalam hal ini, saya dipanggil untuk memberi keterangan.

"Selepas ini, saya mungkin akan dipanggil lagi, jadi saya akan memberikan kerjasama kepada SPRM untuk membantu siasatan," katanya.



Editor: Muzaffar Musa