Pelantikan Li Chao bukan perancangan baru TTAM

Oleh Ammar Hakim 26 Julai 2020 211
Pelantikan Li Chao bukan perancangan baru TTAM
Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) menegaskan pelantikan jurulatih, Li Chao, menggantikan Mu Tong bukanlah perkara baru sebaliknya ia merupakan perancangan asal mereka.

Li Chao sepatutnya menyertai skuad negara dua tahun lalu tetapi masalah peribadi menjadi kekangannya pada ketika itu.

"Dia merupakan seorang jurulatih yang berpengalaman dan memiliki kemahiran teknikal yang tinggi untuk meningkatkan kemampuan atlet ping pong negara," kata Timbalan Presiden TTAM, Chin Kuen Liang.

Itu penjelasan mengenai siapakah Li Chao yang menjadi pengganti jurulatih sebelum ini, Mu Tong, yang harus mengatasi pencapaian Sukan SEA Filipina tahun lalu, di Vietnam 2021.

Badan induk itu juga menjelaskan Li Chao harus membantu dan merangka program pembangunan pemain-pemain remaja selain menumpukan perhatian terhadap skuad elit.

"Sebagai seorang pengendali yang berpengalaman. Kami berharap dia akan membantu meningkatkan lagi program pembangunan sukan ini di Malaysia," ujar Kuen Liang lagi.

"Kami berharap meletakkan sasaran untuk beraksi cemerlang dalam Sukan Komanwel serta meningkatkan lagi pencapaian Sukan SEA tahun lalu."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen