Pelan strategik bangunkan sukan di Sabah

Oleh Willie Jude 8 Disember 2019 40
Pelan strategik bangunkan sukan di Sabah
Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan melaksanakan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2020-2030 bermula tahun depan.

Menterinya, Phoong Jin Zhe, berkata pelan strategik itu akan dilaksanakan dengan sistematik untuk menggembalikan kegemilangan Sabah sebagai kuasa besar sukan di Malaysia.

"Sudah hampir 10 tahun atlet Sabah tidak berada di pentas Olimpik dan sudah tiba masanya bakat atlet Sabah digilap agar mampu mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"Sabah memiliki ramai atlet berpotensi dan bakat besar mereka perlu dicungkil seterusnya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Untuk menunaikan tanggungjawab itulah, KBS mengambil inisiatif memperkenalkan Pelan Strategik Pembangunan Sukan Sabah 2020 - 2030 yang bersifat menyeluruh," katanya di Keningau semalam.

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen