Lima pasukan, iaitu Sabah, Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak serta tuan rumah, Perak, mempamerkan kehebatan masing-masing apabila meraih dua pingat emas pada hari pertama Sukan Para Sukma 2018 Perak, semalam.

Atlet negeri-negeri itu berentap hebat untuk memburu 13 pingat emas yang ditawarkan melalui dua acara, iaitu boling tenpin dan ping pong.

Sabah dan Perak meraih dua emas masing-masing melalui acara ping pong sementara Selangor, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing satu daripada dua acara itu.

Berdasarkan pungutan pingat setakat ini, Sabah yang meraih dua emas, tiga perak dan empat gangsa, mendahului Selangor yang mengutip dua perak dan dua gangsa.

Tuan rumah, Perak, di tempat ketiga dengan satu perak dan empat gangsa sambil mengekori rapat di belakang ialah Kuala Lumpur dengan dua emas dan satu perak dan Sarawak (dua emas dan tiga gangsa).

Terengganu, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing meraih satu emas.

Hari kedua menyaksikan gelanggang memanah, boling padang dan olahraga dibuka.

Memanah diadakan di Stadium Ragbi Kompleks Sukan MBI, boling padang di Arena Boling Padang dan olahraga di Stadium Perak.