PABM masih tunggu kenyatan rasmi IWF

Oleh Penulis Jemputan 4 Disember 2017 160
PABM masih tunggu kenyatan rasmi IWF
Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM), masih menunggu kenyataan rasmi daripada Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF), selewat-lewatnya Khamis ini mengenai keputusan positif sampel B atlet negara, Mohd Hafifi Mansor.

Ia disahkan sendiri oleh pemangku Setiausaha Kehormat PABM, Abu Hanapah Ismail, selepas hampir dua minggu menanti.

Keputusan positif ujian sampel B Hafifi, bagaimanapun, masih belum dimaklumkan secara rasmi oleh pihak IWF dan proses pendengaran hanya akan dilakukan sejurus selepas PABM menerima pengesahan pada Khamis ini.

Hukuman penggantungan empat tahun yang ditetapkan untuk kesalahan doping jenis oxymetholone itu, bagaimanapun, boleh dikurangkan selepas pihak pendengaran mengetahui punca sebenar pengambilan bahan berkenaan.

"Kami masih lagi belum mendapat keputusan rasmi. Jika keputusan itu mendapati ujian sampel B itu positif, kami akan membuat pendengaran kes tersebut," kata Abu Hanapah.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen