Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mengesahkan juara 100 meter Sukan SEA 2019, Mohd Haiqal Hanafi, menarik diri daripada Grand Prix (GP) Malaysia yang bermula 10 April ini.

Ia susulan kecederaan buku lali yang memaksa pelari berusia 22 tahun itu perlu diketepikan untuk sekurang-kurangnya sebulan.

"Dia mengalami kecederaan buku lali.

"Saya harap dia dapat menyertai Kejohanan Kebangsaan pada Jun depan.

"Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa juga pelari terbaik dan mampu menunjukkan semangat yang kuat untuk memenangi gelaran 100m," kata Presiden KOM, Datuk SM Muthu, hari ini.




Seramai 111 atlet seluruh negara sudah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil itu.

Kejohanan ini diiktiraf sebagai kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan catatan masa elektronik selain kehadiran pegawai bertauliah.

Antara yang bakal beraksi untuk kutipan mata dan juga merit temasya di Jepun, Julai depan, itu adalah pelari pecut 100m lelaki, Khairul Hafiz selain Lee Hup Wei akan buat penampilan dalam acara lompat tinggi.