Nur Suryani belum sedia bergelar profesional

Oleh Staff Writer 11 Disember 2018 63
Nur Suryani belum sedia bergelar profesional
Penembak negara, Nur Suryani Mohamed Taibi, belum bersedia untuk menjadi penembak profesional, sebaliknya tetap berharap dia antara yang akan dipilih untuk berada dalam program latihan baru tahun depan.

Nur Suryani tidak termasuk dalam senarai lima atlet yang telah diputuskan untuk berada dalam kluster kedua dan ketiga.

Menganggap dirinya masih belum terjamin untuk kekal dalam program latihan baru, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014 itu mengharapkan Persatuan Menembak Kebangsaan Malaysia (NSAM) masih memberinya peluang walaupun sekadar mengisi kluster keempat.

Ini kerana bukan mudah untuknya menjadi penembak profesional yang sememangnya memerlukan komitmen yang tinggi dan kos besar bagi sukan tersebut.

"Pilihan terbaik cuba didapatkan dengan persatuan dan cuba diselesaikan daripada dua pihak kerana kalau ditinggalkan begitu sahaja, sayang kerana bakat yang ada disia-siakan. Pelapis yang ada masih belum mencapai skor yang diraih atlet elit sekarang," kata.

Keutamaan Nur Suryani tahun depan adalah untuk memastikan persiapan terbaik menjelang kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas gagal meraih slot pada edisi lalu di Rio.

"Kami harap betullah apa yang didengar, di mana Majlis Sukan Negara (MSN) akan menghantar atlet bagi menjalani pertandingan dan melihat siapa yang layak. Ia bukan dipilih secara rawak."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen