Dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), faktor kewangan memainkan peranan terutama sekali apabila gagal menjana pendapatan daripada kejohanan dan aktiviti sukan.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, meminta persatuan sukan kebangsaan melaksanakan langkah penjimatan dalam menjalankan operasi jika mendapat bantuan kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat.

Persatuan sukan kebangsaan perlu mengurangkan kos operasi terutama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Antaranya dengan mengadakan mesyuarat menerusi atas talian atau menggunakan kemudahan sendiri untuk apa jua aktiviti.

Langkah ini bagi memastikan persatuan dapat berjimat cermat walaupun dijangka mendapat bantuan kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam masa terdekat.