Atlet lompat tinggi negara, Lee Hup Wei, perlu menyesuaikan diri dengan berlatih secara sendirian selepas rakan senegara, Nauraj Singh, berangkat ke Jerman hari ini.

Juara Sukan SEA itu turut memiliki perancangan untuk ke luar negara tetapi bukan dalam masa terdekat susulan penularan pandemik Covid-19 yang masih berleluasa di Eropah.

"Jika saya tidak memiliki rakan sepelatih, saya masih boleh bersaing dengan barisan atlet remaja negara," kata Hup Wei.

"Saya berancang untuk menyertai kejohanan di Eropah pada tahun akan datang, jika keadaan Covid-19 semakin baik di sana."

Keutamaan Hup Wei ketika ini ialah mendapatkan prestasi terbaik, atlet berusia 33 tahun itu berusaha mencapai sekurang-kurangnya catatan 2.20 meter sebelum mengorak perancangan ke luar negara.