Nadal singkit Busta, hantar Schwartzman ke ATP Akhir

Oleh Ammar Hakim 7 November 2020 138
Nadal singkit Busta, hantar Schwartzman ke ATP Akhir
Rafael Nadal mengekalkan rekod sempurna melawan Pablo Carreno Busta untuk mara ke separuh akhir Paris Masters dan menghantar Diego Schwartzman ke ATP Akhir.

Pemain nombor dua dunia Nadal merupakan pilihan untuk memenangi kejohanan ATP Masters 1000 buat pertama kali dan bangkit untuk menang 4-6, 7-5, 6-1 dan memperbaiki rekod menentang rakan senegara dari Sepanyol itu kepada 7-0.

Dengan Schwartzman tewas dalam suku akhir kepada Daniil Medvedev 6-3, 6-1, Carreno Busta memerlukan dua gelaran berturut-turut di Paris dan Sofia untuk menghalang wakil Argentina itu layak ke kejohanan akhir musim itu.

Dia nampaknya memiliki peluang besar untuk mempertahankan harapannya ketika meraih tiga break point pada permulaan set kedua, tetapi juara grand slam 20 kali, Nadal, memastikan dia memperoleh slot ke separuh akhir bertemu Alexander Zverev.
   

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen