MSN batal hasrat hantar skuad pecut negara berlatih di AS

Oleh Staff Writer 22 November 2016 2
MSN batal hasrat hantar skuad pecut negara berlatih di AS
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, terpaksa membatalkan perancangan menghantar skuad pecut berlatih di Kelab Trek Santa Monica, Amerika Syarikat (AS), susulan masalah kemudahan.

Kelab Trek Santa Monica yang pernah melahirkan legenda, Carl Lewis, sudah usang.

Itu kesimpulan selepas tinjauan mendapati trek latihan sudah lama tidak ditukar selain kekurangan jurulatih berkaliber.

Justeru, ia tidak sesuai dijadikan pusat latihan jangka masa pendek buat skuad pecut negara yang diketuai pemegang rekod kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan.

"Kami berpandangan bahawa keadaan di kelab tersebut tidak seperti dulu dan kemampuan jurulatih yang ada mungkin tidak dapat membantu atlet pecut negara," jelas Shapawi.
 
MSN dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), merangka pelan B, iaitu menghantar skuad pecut serta beberapa atlet lain berlatih di Australia, bermula Februari depan.

Mereka akan menjalani latihan dan menyertai kejohanan sama seperti yang dilalui jaguh lompat tinggi, Nauraj Singh. Ia sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

“Kebelakangan ini, atlet muda negara telah menunjukkan peningkatan yang tinggi dalam prestasi mereka.

"Saya berasa yakin bahawa kami akan mendapatkan keputusan yang memuaskan dalam acara olahraga di Sukan SEA Kuala Lumpur," jelas chef-de-mission negara Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen