Mr Borneo 2018 ditangguhkan

Oleh Willie Jude 15 November 2018 104
Mr Borneo 2018 ditangguhkan
Kejohanan Bina Bbadan Mr Borneo 2018 anjuran Persatuan Bina Badan Sabah (SBA) yang sepatutnya diadakan pada 7 Disember depan ditangguhkan. 

Setiausaha penganjur, Amiruddin Tuah, berkata venue kejohanan yang sebelum ini bakal diadakan di Dewan Hongkod Koisan, KDCA di Penampang itu juga dijangka berubah. 

"Pihak kami mahu memaklumkan kejohanan ini (Mr Borneo 2018) akan ditunda ke 16 Disember depan dan venue juga mungkin akan diubah, kami akan maklumkan kemudian," katanya di Kota Kinabalu, semalam. 

Seramai kira-kira 100 orang dijangka menyertai kejohanan tahunan itu, termasuk dari Sarawak, Brunei, dan Labuan selain penyertaan daripada atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). 

Dalam edisi sebelum ini, seramai 72 orang menyertainya yang berlangsung di Ranau dengan atlet Brunei, Zorizal Johari, memenangi gelaran juara antara juara. 

Dalam edisi tahun ini, dua kategori (pelbagai berat badan), iaitu novice dan terbuka, akan dipertandingkan. 

 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen