Morikawa sambar gelaran Golf Terbuka Hari Amal 

Oleh Shaiful Shamsudin 13 Julai 2020 18
 Morikawa sambar gelaran Golf Terbuka Hari Amal 
Collin Morikawa mengatasi Justin Thomas dalam pusingan play-off untuk mengungguli Kejohanan Golf Terbuka Hari Amal bagi menjulang gelaran keduanya dalam Jelajah PGA.

Dalam penampilan ke-24 sebagai dalam karier profesionalnya, Morikawa memanfaatkan prestasi hambar Thomas di penghujung permainan untuk menyertai rakannya dari Amerika Syarikat (AS) itu meraih kedudukan teratas selepas 72 lubang -- mereka terikat dengan catatan 19 di bawah par.

Bagimanapun, mereka sekali lagi terikat selepas aksi di lubang ke-18 yang menyaksikan kedua-duanya melakar birdie sebelum Thomas gagal menyempurnakan putt untuk berputih mata. 

Selepas 10 lubang, Thomas mula berdepan masalah daripada pukulan tee sekali gus menyerahkan kelebihan kepada pesaingnya itu. 

Morikawa merebut peluang itu dengan meraih kelebihan apabila mencatat par dalam aksi tiga lubang tambahan berkenaan. 
 

Semalam, Thomas selaku bekas pemain nombor satu dunia memimpin kejohanan itu dengan dua pukulan selepas menghasilkan tiga pusingan bebas bogey di Muirfield Village.

Dia bermula dengan goyah di lubang kedua dan ketiga pada hari terakhir, namun empat birdie susulan meletakkan pemain nombor lima dunia itu kembali ke landasan kemenangan.

Eagle di lubang ke-15 menjadikan kedudukan Thomas bertambah selesa dengan kelebihan tiga pukulan, namun dia hanya mampu melakar bogey dalam dua daripada tiga lubang terakhirnya untuk merakamkan 69 pukulan bagi menyamai catatan Morikawa selepas pemain berusia 23 tahun itu melonjak ke tangga teratas dengan 66 pukulan. 

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen