MOA penting kepada bekas olimpian negara 

Oleh Penulis Jemputan 21 November 2017 58
MOA penting kepada bekas olimpian negara 
Presiden Persatuan Bekas Olimpian Malaysia (MOA), Karu Selvaratnam, menegaskan keperluan badan seperti MOA mampu membantu ramai atlet bertaraf olimpian agar lebih bersedia mendapatkan peluang kerja selepas bersara.

Katanya, selepas Sukan Olimpik Rio Brazil tahun lalu, persatuan itu sudah memiliki 357 ahli berdaftar dan majoriti daripada mereka merupakan bekas atlet hoki.

"Sudah tentu ia untuk memastikan bekas olimpian menikmati kehidupan yang berkualiti. Kami tidak menggaggu atlet semasa kerana mereka ada program latihan masing-masing. 

"Ia lebih kepada olimpian yang bersara. Kami mahu cuba menyusun beberapa perkara untuk mereka, antaranya menawarkan mereka tempat untuk pergi, bekerja di kelab dan program kejurulatihan bagi membantu pembangunan peringkat junior," katanya.

Bantuan yang dihulur MOA cukup jelas, selain mampu dianggap sebagai jaminan untuk memastikan kehidupan bekas olimpian negara lebih terjamin.

Bagaimanapun, persatuan itu tidak melibatkan atlet paralimpik negara yang sepatutnya diurus oleh badan yang berbeza.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen